Thursday, 11 July 2013

Contributors baru

Assalamualaikum kat sesapa yang membaca
Pengenalan kedua daripada contributors ke-dua
Nurul shuhada membawa nama
Haha, dah macam pantun dah bunyiknya

Baiklah, saya si contributors ke-dua InsyaAllah akan memeriahkan lagi  belog ini dengan contengan contengan bukan jalanan saya. Terus daripada hati yang bergabung dengan akal fikiran untuk melahirkan dan mengeluarkan perkataan-perkataan yang bergabung untuk menjadi ayat yang turut bercantum-cantum yang boleh dibaca dengan harapan akan meresap jaoh ke dalam otak dan boleh diguna pakai dalam kehidupan hari-hari korang.

Harap penulisan bukan jalanan dari si contributors ke-dua ini juga dapat diterima akal dan hati si pembaca sekalian hendaknya. Tidak ada sama sekali kaitan dengan yang masih bernafas ataupun telah tamat nafasnya. Segala yang baik, yang cantik dan segala yang baik-baik adalah kurniaan dari-Nya yang maha bijaksana dan segala yang buruk, pelek, x masok akal, ntah apa-apa dan segala benda yang huduh-huduh sesungguhnya adalah dari diri ini yang banyak kekurangannya.


Harap, belog yang terapung ini seronok dibaca. Salam perkenalan dari contributors ke-dua ^_-
Silalah beri apa-apa komen yang bernas bagi menyeronokkan lagi belog ini, maaf andai ada apa-apa yang tak kena.


Terima kasih dari contributors ke-dua.