Friday 31 May 2013

CikAndante!

Assalamualaikum

(Ehem.. check mic!1 2 1 2)

Nama saya CikAndante. Budak Pahang yang berhijrah ke Cyberjaya yang dulunya niat untuk belajar sahaja. Blog ni aku buat untuk kongsi puisi-puisi (dan apa-apa) yang aku buat. Mungkin nampak macam  karya jalanan, tapi sekurang-kurangnya cuba selam dalam-dalam maksud yang aku nak sampaikan. Dengan rendah diri, terimalah semua penulisan aku dalam blog ni.

Blog aku tak semestinya semua pasal aku. Bukan juga pasal kau, atau sesiapa saje yang baca. Segala bentuk sarcasm, kalau terasa sendiri, sila salahkan diri sendiri. Aku pun kadang-kadang terasa dengan penulisan aku sendiri. Haha. Apa-apa pun, niat aku hanyalah untuk berkongsi. Harap ambillah apa yang baik. Yang baik adalah daripada Tuhan. :)
Dan segala yang buruk,hina, tampak bodoh, tak baik semua tue daripada aku. Aku hanya hamba abdi macam korang jugak. Jadi, terimalah aku sebagai manusia biasa. 

Salam perkenalan kepada yang sudi bertandang. Aku terima segala kritikan dan tohmahan atau sekiranya ada pujian. Maafkanlah dengan penggunaan 'aku' kepada kalangan yang lebih senior ya. :)


Last but not least, kat sini aku nak minta la korang 'amiin' doa.

'Moga kita semua diampunkan segala dosa, diterangkan hati, dikekalkan iman dan diberi petunjuk dan hidayah sampai kita mati.'

Amiin.


Terima kasih.

No comments:

Post a Comment